Solat
ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam
keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika
timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu
perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin
terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada
kelebihan dan keburukannya.
Oleh yang
demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum
seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.
Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang
terbaik.
Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan,
ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7
kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu
daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa.
Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik
dari yang Maha Kuasa.
Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan
keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan
pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah,
membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan
kepada Allah.
Tata Cara Shalat Istikharah
Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya
niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan
sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat
tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan
permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus
dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.
Lafaz niat:-
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala
Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun
Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk
oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal
ini….(sebutkan namanya)”
Doa istikharah
Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku
mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang
besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu
dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan
yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik
pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan
mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi
agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa
akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga
Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap
sesuatu.”
Tidak ada komentar:
Posting Komentar